Selasa, 16 Mac 2010

Hockien Tea / Carmona Mycropilla

Bonsai ni baru saya repot tiga hari lepas
Bonsai Hockien Tea, Pokok ni adalah warisan dari Mendiang Big Bos saya, menurut bekas pembantu Bos saya ni, Pokok ni sudah berusia lebih 50 tahun yang diimport dari Negera China tiga tahun lalu dengan harga RM8,800. Tapi oleh kerana ketiadaan tuan punya asal pokok ni sudah, maka ia pun terbiarlah lebih satu tahun di tepi bengkel company kami, dengan keadaan yang sungguh memilukan, tapi mujurlah sekarang saya yang menjaganya kerana buat masa ini hanya saya seorang sahaja yang tahu serbah sedikit mengenai Pokok Bonsai ni di company ini.

Tapi sayang beberapa minggu sebelum dibawah jagaan saya, salah satu dahan utama pokok ini telah dipotong oleh tukang kebun alasannya baik, dia kata tak nak pokok ni mati pasal dahan dia dah mati, hi....kalaulah aku tau awal-awal tidaklah ia menjadi begitu.

Sekarang ni pulak adalah tugas saya untuk mempastikan pokok ni sentiasa hidup subur dan berkembang.

Rabu, 10 Mac 2010

Ficus / Beringin

Foto pada 2hb Januari 2010

Foto 7hb March 2010
Bonsai Tiger Ficus atau Spisis Beringin ini, masih dalam trining dimana saya masih tercari-cari design yang sesuai untuknya. Pokok ni saya beli dari Nesary batu 7 di Sandakan dengan harga RM15.00 dua bulan lepas. Jadi harapan saya dalam lima tahun akan datang, hasilnya seperti yang diharapkan

Isnin, 8 Mac 2010

Selamat Datang.......

Mengapa saya buat blog ni?, jawabnya sebab minat...dan disebabkan minat saya yang semakin mendalam terhadap seni ini, maka saya akan kongsikan kepada anda diluar sana tentang apa yang telah saya usahakan terhadap hobi baru saya ini yang usianya baru 5 bulan yang lalu bermula.

Disebabkan minat saya yang agak baru ini, maka setiap ada masa yang terluang tidak akan saya lepaskan dengan mencari seberapa banyak sumber maklumat tentang ilmu-ilmu yang berkaitan pokok bonsai ini, samaada di Internet, rakan, atau berkunjung sendiri ke tapak-tapak Nersary di Sandakan ini.

Dan bila saja ada masa balik kampung ke Kunak, maka saya tidak akan lepaskan dengan mencari tunggul/base bonsai yang berpotensi tinggi yang sememangnya banyak tumbuh meliar di daerah Kunak khususnya di kawasan Kg. Pangi.