Selasa, 16 Mac 2010

Hockien Tea / Carmona Mycropilla

Bonsai ni baru saya repot tiga hari lepas
Bonsai Hockien Tea, Pokok ni adalah warisan dari Mendiang Big Bos saya, menurut bekas pembantu Bos saya ni, Pokok ni sudah berusia lebih 50 tahun yang diimport dari Negera China tiga tahun lalu dengan harga RM8,800. Tapi oleh kerana ketiadaan tuan punya asal pokok ni sudah, maka ia pun terbiarlah lebih satu tahun di tepi bengkel company kami, dengan keadaan yang sungguh memilukan, tapi mujurlah sekarang saya yang menjaganya kerana buat masa ini hanya saya seorang sahaja yang tahu serbah sedikit mengenai Pokok Bonsai ni di company ini.

Tapi sayang beberapa minggu sebelum dibawah jagaan saya, salah satu dahan utama pokok ini telah dipotong oleh tukang kebun alasannya baik, dia kata tak nak pokok ni mati pasal dahan dia dah mati, hi....kalaulah aku tau awal-awal tidaklah ia menjadi begitu.

Sekarang ni pulak adalah tugas saya untuk mempastikan pokok ni sentiasa hidup subur dan berkembang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan